First, the Pesta Buku Selangor has begun at the PKNS Complex in Shah Alam. It was officiated earlier today by Puan Mastura, and end on August 3, 2009. For more info, please click here.
On a more serious note - not that the above is not - the Anti-ISA March this August 1, 2009; kindly refer here. Anyone who would like to read in depth the suffering of not only of those who are being held illegally by the stooges of BN, but also the suffering of the families who are left to fend for themselves and not knowing when the father of their children would be realsed, please read Puan Norlaila's account here.
It is interesting to note that a group calling themselves Pewaris and very much pro-ISA, have announced to march at exactly the same time and date mentioned. However, I do wonder if they - those so called supporters of ISA - know what they are getting themselves into, or what their real stand is. Clearly to me, they are there as provocation and nothing else, remembering the blundring oaf of a former Minister who is famous for his stammers and 'erection' (instead of election), who mentioned on live international TV "What if we, we, also march at the same time. C...can you imagine what would happen?" He was referring to the BERSIH March, which is famous to justice-seeking citizens of Malaysia, but infamous to the clowns who wants to keep Malaysia in their tight grips.
And what have the Police to say about this now? Nothing, not a single word! Perhaps they want to wait for a bloodbath to happen before joining in, on Prowaris side, undoubtedly. But enough of that.
With regards to model who has been sentenced to be caned by the Syariah Court in Kuantan, kindly read Doctor Lo'lo's Media Statement as below:
Kenyataan YB Dr. Lo’lo’ isu hukuman sebat ke atas pesalah minum arak untuk membetulkan kenyataan media.
Dari YB Titiwangsa, Doctor Lo'Lo',
Artikel Themalaysianinsider.com bertarikh 23/07/2009 dengan tajuk-tajuk berikut “Outrage Over Caning For Model” dan “Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat’s Statement On Whipping Of Model” adalah dirujuk. Di dalam kedua-dua artikel tersebut ada menyiarkan seperti berikut :
a) Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt.
b) Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment.
Meanwhile, Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt.
Petang semalam saya telah dihubungi oleh wartawan meminta saya memberi sedikit komen berkaitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model sambilan atas kesalahn meminum arak. Saya telah memberikan komen saya dengan sucihati megikut pengetahuan saya berkaitan hukuman dan realiti masyarakat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang melihat kenyataan di akhbar dari konteks yang lain.
Pertama, saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan ke atas model tersebut. Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada. Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud.
Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan. Sebelum ini tiada Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebegitu walau pun Mahkamah Syariah sepatutnya menghukum mengikut hukuman Allah tetapi di Malaysia ini hukuman yang dikenakan tidak seperti yang ditetapkan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut. Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau.
Kedua, saya mengatakan sebarang bentuk hukuman yang dikenakan samada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah. Hukuman di dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu.
Di dalam kes ini, saya berpendapat masyarakat umumnya masih tidak memahami kaedah bagaimana sebatan ke atas pesalah dilakukan. Adakah ianya dilakukan sama seperti pesalah-pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti di dalam kes pengedaran dadah, merogol, meliwat dan sebagainya.
Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita. Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan. Saya merujuk kepada "Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt."
Artikel ini dengan jelas tidak tepat kerana saya bukan Ketua Muslimat PAS seperti yang didakwa. Justeru saya mengharapkan agar tiada pihak yang sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tulisan di akhbar sebelum mendapat maklumat secukupnya. Saya kira sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia iaitu UMNO/BN “merotan” Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak, iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut. Begitu juga perlu “disebat” pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg.
Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut. Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan. DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA??...
10 comments:
Dunia penuh ketidakadilan....
hehe..Perwaris should talk to Laila, whose hubby is still under detention. then perhaps it will shed some lights to them of how cruel ISA can be. kata lagi nak bela orang melayu Islam...
Salam rs,
Memang benar. Dunia ini tidak lain semata tempat menguji kita. Di kemudian hari, kita akan diadili oleh Allah Yang Maha Adil. Namun, kita harus membantu mereka yang teraniaya, kerana itu juga merupakan satu dugaan bagi diri kita.
Salam kerpie,
Itu le, cakap mulut ikut sedap je. Tapi yang teraniaya mereka buat tak nampak.
Ehh...Pro-UMNO or NGO's Pro-ISA pun akan buat DEMO same day...
Jangan ada yang bergaduh nanti sudah!
Saya sokong sebatan di tempat awam. Untuk pengajaran bukan penderaan. Nak minta artikel pasal cara-cara sebatan dalam Islam. Saya yakin ia adill. Biar semua orang takut. Mental image is stronger then just bayar denda. Just my 2 cents.
Salam Intan,
Sememangnya itu satu dari tujuan hukuman di tempat awam - untuk menakutkan orangramai dari melakukan jenayah dan kesalahan. Hukuman setimpal dengan kesalahan dan mengikut lunas Islam, tidak lebih dan tidak kurang. Syabas Intan!
Salam Cello,
A'ah, demo on the same day. Yang pro-amenobendo tu, sengaja nak cari jalan untuk bergaduh. Sebab itu mereka nak bawa ahli silat.
Nanti kalau kita berselisih, jgn lupa tegur ya?? :)
Salam Alina,
InsyAllah, dengan amat sukacita sekali :)
Er...saya nanti bawa kamera biasa je ye, dan bukan kamera video.
Post a Comment