InsyAllah, come tomorrow evening, an event one would expect to witness in Kelantan and perhaps Terengganu, will grace Shah Alam, the capital of Selangor. Tomorrow night beginning from Maghrib, PAS will be holding prayers within the Melawati Stadium and have invited the public to join the congregation!
Non-Muslims are welcome to join for the celebration speeches which is expected to take place around 9pm, after the prayers.
Read the itinerary below:
HIMPUNAN RAKYAT DAN MUNAJAT PERDANA
Sempena Kemenangan PAS Di Selangor
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----#
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,
Seluruh RAKYAT dijemput untuk menghadiri Himpunan Rakyat Dan Munajat Perdana mensyukuri kemenangan PAS & Barisan Alternatif di Selangor.
Program julung kali ini disusun untuk memberi peluang rakyat Selangor khususnya untuk mengamati amanat serta harapan dari pemimpin negara demi mengisi dan mengekalkan kemenangan PAS dan Barisan Alternatif di Selangor, khasnya;
Majlis akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : Isnin, 31-Mac-2008
Masa : 8.00malam
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor (bersebelahan Stadium Utama Shah Alam)
(tempat letak kereta perkarangan Stadium Utama atau tapak Pasar Hari hadapan Stadium Melawati)
Antara pemimpin negara yang akan bersama adalah;
- YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang
- YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa,
Timbalan Presiden PAS, Ahli Parlimen Bachok
- YB Dato Dr Hasan Ali,
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Exco Kerajaan Negeri Selangor
- Seluruh barisan Exco & Wakil Rakyat PAS Negeri Selangor yang memenangi PRU-12 baru-baru ini.
Tetamu khas pada majlis ini adalah;
- YAB Tan Sri Khalid Ibrahim,
Menteri Besar Selangor Darul Ehsan.
Perhatian;
# Hadirin yang hadir diminta datang dalam keadaan berwudhuk serta membawa sejadah (lapik untuk solah). Solah Isyak akan disusuli dengan munajat perdana.
# Gerai jualan makanan & minuman disediakan di tapak gerai Stadium Melawati, untuk tempahan gerai sila berhubung terus dengan Saudara Kamarul 013-3600080.
Harakahdaily
Fri | Mar 28, 08 | 11:26:17 am MYT KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Orang ramai dan penyokong Barisan Alternatif diminta hadir beramai-ramai ke Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor untuk program 'Himpunan Rakyat' pada 31 Mac (Isnin) ini bermula jam 8 malam.
Dalam program tersebut, Presiden PAS akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat. Selain beliau, Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hasan Ali dan Teressa Kok dari DAP akan turut sama berceramah.
Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid.
Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Bagi maklumat lebih lanjut, sila dapatkan Harakah keluaran terbaru yang mula dipasarkan hari ini. - mks.
8 comments:
semoga selangor terus maju yah!
rasa nak datang je kalo ada kat sana
Salam lancelot,
Semoga Islam terus berjaya :)
Jomle...bukan jauh sangat Jordan ngan Stadium kek Shah Alam tu! :)
terus book tiket kapal terbang
btw cakap aje, masih kurang jelas, dulu masa BN @ selangor harakah takleh dijual bebas ke? cam kat n9 pon ada pusat2 tertentu je
A'ah. Bukan kek Selangor je, kek mano mano di Malaysia malainkan Kelantan, jualan dihadkan. ramai yang kono saman bab jual Harakah.
jadi skarang da boleh bebas ke? ke masih bawah kementerian penerangan (ye ke)
media malaysia tidak bebas
Di bawah negeri pimpinan Barisan Rakyat, media bercetak alternatif kini tidak sepatutnya menghadapi masalah. Cuma, KDN masih boleh menyalahgunakan kuasa dan merampas seperti mereka pernah melakukan beberapa kali di masa silam sebelum PRU12.
Media Malaysia memang tidak bebas.
alhamdulillah. hey, as a muslim, it would be nice if the oppo, led by Md Khir could join in. mintak berkat.
Salam kerp,
Sure, why not? But why be an oppo at state level? I mean, if Khir is a man any wiser, he would join the oppo at Federal level! :)
Post a Comment