oleh : M.S Abu Sahid (S/u UA DPPWP)
KUALA LUMPUR (Ahad) 13 MAC 2008 - ” Masa tu saya dan Awie (Asmawi) nak balik kerumah lepas bermain di cyber cafe . Saya sampai rumah saya dulu, lepas tu Awie pun pulang kerumah dia. Masa dia pulang tu la dia hilang.” cerita Aminuddin kepada wakil Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Dalam keadaan adik Sharlinie Mohd Nashar yang sudah lebih 2 bulan tidak dijumpai, kini seorang lagi kanak-kanak lelaki Asmawi Jalalluddin, 11, dilaporkan hilang ketika pulang bersama rakannya dari bermain di pusat cyber cafe berhampiran dengan rumahnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Sehingga hari ini, sudah empat hari Asmawi dilaporkan hilang. Menurut kakaknya Saodah, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad yang lalu sehari selepas tarikh Pilihanraya Umum ke 12. Asmawi yang pulang dari bermain di cyber cafe bersama rakannya Aminuddin, 12, didapati tidak pulang kerumah. Ketika itulah seluruh ahli keluarga Asmawi mula mencarinya disekitar kawasan perumahan mereka serta ditempat cyber cafe tersebut namun tidak menjumpai Asmawi.
Kemudian pada keesokan hari, Saodah bersama ibu dan ayahnya ke Balai Polis Brickfield bagi membuat laporan kehilangan Asmawi. Selepas itu seluruh ahli keluarga Saodah mengedarkan poster kepada orang ramai dikawasan sekitar Lembah Pantai sehinggalah semalam mereka telah pergi ke ibu pejabat TV3 di Bandar Utama bagi memohon TV3 menyiarkan berita kehilangan Asmawi.
Selepas mendapat maklumat dari berita tersebut, seramai 6 orang anggota Unit Amal DPPWP yang diketuai pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim (gambar) bersama 5 orang Unit Srikandi dari Dewan Muslimat PAS Pusat telah bergegas kerumah keluarga Asmawi malam tadi bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kehilangan Asmawi.
Setelah mendapat maklumat tersebut, Saripuddin meminta agar keluarga Asmawi bersabar diatas ujian yang dilalui dan berjanji akan cuba membantu setakat yang boleh menjalankan operasi bersama Unit Srikandi mencari sambil mengedarkan poster kepada orang ramai seperti yang telah dilakukan terhadap kes yang sama menimpa adik Sharlinie, Nurin Jazlin, Mohd Haiqal dan Yin.
- Unit Amal DPPWP ziarah keluarga adik Haiqal
- Unit Amal DPPWP ziarah keluarga Nurin Jazlin dan menjalankan operasi mencari serta edar poster.
- Unit Amal DPPWP menjalankan operasi mencari adik Sharlinie sambil mengedarkan poster.
6 comments:
memang la sedih dengaq cerita ni but it could be avoided. Tolong la, siapa saja yang boleh tolong.
Salam Cikgu,
Pagi ni jam 11, Nurul Izzah - YB baru Pantai - akan memberi Sidang Akhbar mengenai adik Asmawi dengan harapan agar lebih ramai yang akan membantu untuk mencarinya. Sama samalah kita do'akan ye.
Salam Shah:
Innalillahi wa inna ilahi roji'un. Di harap keluarga adik Asmawi akan tabah dan bersabar dalam menghadapi musibah ini.
Dalam Negara yang kononnya AMAN,SELAMAT dan MAKMUR ini nampaknya slogan hanya tinggal slogan.
Kelibat adik Sharlinie masih belum terbayang kini Asmawi pula lesap dari pandangan.
Wa'alaikumusalam Doc,
Begitulah kaedahnya di sini.
Mengikut satu sumber berita tidak berapa lama dahulu, tahun 2007 menyaksikan lebih 600 atau 6,000 anak anak yang hilang dan tidak diketemui. Hanya lapuran itu tidak dapat memastikan berapa kes lari dari rumah dan berapa kes yang dipaksa.
Shah:
Baru-baru ni masa keluar ngundi , Iaku ronda2 tengok tempat2 mengundi.
Puteri UMNO telah pasang satu bannaer dgn gambar seorang budak lelaki Melayu sedang berfikir:..Jika anda memilih pembangkang akan tergadailah nasib kami.
Di atas banner itu tertera pula banner yg di pasang pembangkang(yg berlogokan PAS,PKR dan DAP) dgn headline nya: Sudah tergadai pun nasib anak2 kita.
Di bawah di berikan statistik jumlah anak2 yang hilang( about 6000) dan berapa yang sudah di jumpai/pulang sendiri dan berapa yang masih hilang tanpa sebarang clue di mana mereka. Di keliling banner tersebut terdapat gambar arwah Nurin,adik sharlinie dan seorang kanak-kanak Cina(tak ingat nama dia)dan seorang kanak2 perempuan India.
Takpalah Doc, kita do'akan kesemua negeri BA akan dapat melaksanakan pemerintahan adil dan saksama dengan jayanya.
Tapi jangan terperanjat pula, kes kes buruk Be End yang lampau akan tetiba timbul dan pemerintahan BA pula disalahkan oleh mereka.
Post a Comment